Sudah berkali ku mencuba untuk beraksi dalam arena itu.
Sudah banyak yang ku cuba lakukan untuk kembali ke alam.
Sudah puas aku mencuba untuk mendapatkan yang setia dan bernilai.
Sudah puas aku mencari.
Namun, hampa untuk dikatakan, hanya kegagalan yang ku temui.
Pengalaman lampau masih menghantui diriku ini.
Aku sudah tidak berani untuk mencuba.
Atau aku belum jumpa yang sesuai.
Kenapa aku tidak boleh menjadi sekuat diriku di dalam perkara lain?
Kenapa aku perlu bersedih?
Kenapa aku mahu menjadi seorang pengecut?
Kenapa????
Aku menyemai cita-cita untuk berubah.
Aku menanam azam untuk terus mencari.
Aku berdoa kepadaNYA agar ditemukan yang sesuai.
Akan ku jaganya seperti menatang minyak yang panas.
Sekian. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment